Gagal Semalam Dan Hari Ini Bermakna Hidup Anda Akan Gagal Selama-lamanya!
Kegagalan sering ditakuti oleh semua orang di muka bumi ini. Bagi mereka kegagalan adalah sesuatu yang paling pahit dan sekiranya ia berlaku pada mereka, tidak mungkin mereka mampu bangkit lagi malahan akan tersungkur seumur hidup.
Gagal dalam bercinta, gagal dalam kehidupan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan merupakan kegagalan yang biasa kita dengar sepanjang hari ini. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. Malahan gagal juga menyebabkan seseorang itu sangat takut terhadap dirinya sendiri. Seolah-olah menyesatkan diri dalam kegelapan kegagalan tersebut.

Persoalannya Mengapakah Fikiran Kita Sering Memikirkan Kegagalan Itu Suatu Yang Buruk?
Pada hari ini, sifat takut dengan kegagalan telah mengakibatkan pemikiran generasi kita semakin sempit! Sebab takutkan kegagalan, mereka tidak sanggup mencuba sesuatu atau cabaran yang baru. Inilah sikap yang menjahanamkan pemikiran kita. Ia bagai virus yang berbahaya kepada kita!
Mana tidaknya, setiap hari kita dimomokkan dengan berita-berita kes bunuh diri kerana putus cinta, kes muflis, kes jadi gila dan yang lebih tepat lagi, hampir setiap hari media memaparkan kesan buruk bila mengalami kegagalan. Jadi minda kita dikuasai ketakutan menghadapi kegagalan!

Ya, hakikat yang sebenarnya setiap kegagalan yang anda alami tersebut berpunca dari anda sendiri dan bukannya orang lain! Ini kerana hanya anda yang mampu mengawal minda anda untuk jauh daripada kegagalan!
- Andalah Penentu Masa Depan Anda!
- Andalah Yang Mampu Mengubah Nasib Anda!
- Andalah Yang Mampu Membangunkan Diri Anda!
Hanya Andalah Yang Mampu Menukarkan Kegagalan Tersebut Kepada Kejayaan Dimasa Depan Malahan Mampu Mengelakkan Kegagalan Tersebut! |
Mengapa harus menyalahkan orang lain sedangkan semua kegagalan bermula dari anda sendiri?
Sudah menjadi tabiat manusia, bila sesuatu yang buruk seperti kegagalan berlaku pada diri mereka, mereka akan menyalahkan takdir. Malahan yang lebih teruk mereka sanggup memarahi insan sekeliling yang rapat dengan alasan insan-insan inilah penyebab kegagalan mereka.
Sedarlah anda bahawa mereka tidak salah langsung dan adakalanya jika mereka memberikan pandangan, ia hanya sebagai pandangan dan yang bertindak ialah ANDA! Andalah Penyebab Kegagalan Tersebut!
Sedarlah anda bahawa mereka tidak salah langsung dan adakalanya jika mereka memberikan pandangan, ia hanya sebagai pandangan dan yang bertindak ialah ANDA! Andalah Penyebab Kegagalan Tersebut!
Sedarkah anda bahawa tanpa kegagalan hari ini, TIDAK MUNGKIN
sebuah kejayaan itu akan tercipta?
sebuah kejayaan itu akan tercipta?
Anda perlu ketahui bahawa kegagalan itu bukanlah pahit seperti yang anda fikirkan malahan ia tidak seteruk apa yang anda gambarkannya. Sebenarnya kegagalan adalah normal dalam seharian manusia kerana kegagalan merupakan proses pembelajaran kita.
Jika kita gagal hari ini, ia bermaksud kita belajar sesuatu pada hari ini dan bukannya kita hilang segalanya hari ini. Malahan jika satu hari nanti anda telah berjaya, anda akan berterima kasih kepada kegagalan tersebut kerana mengajar anda satu pelajaran ke arah kejayaan.

Buktinya:
Thomas Edison telah membuat 9999 kali percubaan sebelum berjaya mencipta mentol pada percubaan yang ke 10000. Ini bermakna 999 kali Thomas Edison gagal tetapi masih tidak putus asa untuk berjaya! |
No comments:
Post a Comment