HIDUP KITA TETAP SEBAHAGIAN DENGAN MLM

Ketika terjumpa gambar artikel di bawah, baru saya perasaan bahawa kita tidak boleh lari daripada menjadi sebahagian daripada bisnes multi level marketing (MLM). Sebelum ini jika orang bertanya kepada saya, saya mengatakan tak pernah terlibat. Rupa-rupanya saya terlibat tetapi tidak aktif seperti sekarang ini. Dahulu hanya menjadi ahli dan menggunakan produk semata-mata tanpa menyedari kita boleh pergi jauh daripada ini.
           Pertama saya sertai AVON. Seingat saya masa bersekolah lagi pada tahun 1995 saya mengenali. Semasa melanjutkan pelajaran di Shah Alam saya ada menyertai satu lagi MLM tapi dah lupa namanya,sebab ianya tiada dalam senarai dibawah. Selepas tamat pengajian, saya menyertai herbalife, masa tu saya sedang mencari produk menguruskan badan dan makanan tambahan untuk kesihatan. Masa itu kawan yang memperkenalkan telah mengajak saya aktif disamping menjana pendapatan tambahan, tetapi masa itu ketika mula berkerja saya tidak ada modal untuk membeli produk yang banyak untuk dijadikan stokis. Saya hanya menggunakannya sebagai produk harian.Tidak lama kemudian, seorang kawan saya telah menawarkan saya ahli Tupperware, keahlian seumur hidup.Memikirkan keluarga saya pun memang menggunakan produk itu maka saya menjadi ahli. Tapi tidak terfikir untuk menjual runcit produk itu kerana kekurangan modal. Begitu juga dengan Cosway, saya menjadi ahli kerana menggunakan produknya. Bagi saya rugi rasanya jika tidak menjadi ahli.Dan akhirnya saya bertemu dengan Uptrend. Ini pun kawan saya yang mengajak menyertainya. Alhamdulillah baru kini saya membuka minda dan meluaskan pandangan bahawa semua bisnes seperti ini mampu melebarkan sayapnya hinggan menjana pendapatan yang lumayan.
            Ibu saya pula daripada saya kecil lagi telah menggunakan product nutrimetics. Tetapi beliau hanya menggunakan produk tanpa menjadi ahli. Ibu saya juga pernah membeli produk Zhullian tanpa menjadi ahli. Begitu juga dengan abang saya, ketika beliau menuntut di kuala lumpur, beliau pernah membeli produk Luxor untuk dijual. Tetapi ramai yang menolak produk itu. Ini lah masalah bisnes MLM dimana orang akan menolak sesetengah produk dan syarikat kerana terikut-ikut cakap negatif seseorang. Bagi saya pula, saya akan menggunakan apa barang sekali pun yang baik untuk diri saya yang penting halal, suci dan murni.


No comments:

Post a Comment