Pengalaman itu telah menukar persepsiku sekaligus terbuka hati untuk segera menggunakannya. Benarlah ungkapan kata-kata..
“Tak kenal maka tak cinta…”
“Belum cuba belum tahu..”
Begitulah halnya dalam bisnes internet. Ramai yang masih mempunyai persepsi yang salah. Lebih malang lagi persepsi yang tidak betul ini telah mengekang mereka untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Lebih malang lagi jika tuan punya diri terus tidak memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk cuba meneroka dan memahami lebih dalam. Walhal bukti dan fakta sudah jelas nyata.
Persepsi terhasil dari pelbagai sumber selain pengalaman peribadi. Persepsi boleh berubah dengan berubahnya maklumat dan kefahaman. Maklumat dan kefahaman hanya diperolehi dengan kemahuan untuk bertindak mencarinya. Tanpa perubahan tindakan persepsi akan kekal sama. Ruginya jika terperangkap di dalam persepsi yang salah.
“Tak kenal maka tak cinta…”
“Belum cuba belum tahu…?”
Benar, belum cuba belum tahu. Masakan tak cinta jika sudah berhasil
No comments:
Post a Comment