Ubah Hidup Matlamat Nombor 1

 E-mail
dr_3.jpg
BERUSIA 42 tahun berkelulusan dari UiTM dan berasal daripada Negeri Sembilan serta mempunyai dua orang cahayamata, Noor Azmi A Karim merupakan orang pertama yang mempercayai dan yakin tentang sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Uptrend Network Sdn Bhd (UPTREND) pada awal tahun 2004 yang pada ketika itu beroperasi di sebuah pejabat kecil di Bangsar bersebelahan Alliance Bank.


Menceritakan detik awal penglibatan beliau di dalam UPTREND, beliau berkata, adalah agak sukar untuk menyakinkan kawan-kawan dan orang yang hampir dengan beliau tentang potensi perniagaan yang UPTREND perkenalkan. Keadaan pejabat pada ketika itu amat daif hinggakan jika bawa prospek ke pejabat pasti prospek akan hilang keyakinan apatah lagi untuk mempercayai peluang perniagaan yang beliau perkenalkan.

Pada awal penglibatan, beliau memang tidak dapat menunjukkan sebarang bukti. Pada masa itu, apa yang beliau ‘jual’ hanyalah tentang kesungguhan yang ada pada pihak pengurusan UPTREND.
“Saya hanya melihat pada pengalaman dan ‘track record’ barisan pengurusan UPTREND bermula daripada Puan Susie Yeoh, Presiden UPTREND, Gary Gan, Peter Wong dan Dr. Ahmad Daud. Pengalaman yang mereka ada serta ‘track record’ yang bersih serta kejayaan yang telah mereka capai membuatkan saya yakin dan percaya bahawa UPTREND boleh pergi jauh. Hari ini saya menyedari bahawa keputusan yang saya buat adalah tepat,” katanya terus terang dalam satu wawancara eksklusif bersama majalah SUKSES.

Bagi beliau, kecekapan serta pengalaman mereka yang menguruskan syarikat adalah ciri-ciri yang amat penting sekali diberikan perhatian sebelum membuat keputusan untuk menyertai sesebuah syarikat terutama perniagaan berteraskan ‘networking’.

Berdasarkan pengalaman beliau, banyak syarikat ‘networking’ lingkup dan tutup adalah disebabkan masalah pengurusan yang lemah atau kurang pengalaman. Perkara ini sering kita terlepas pandang, malah kita mudah membiarkan diri kita digula-gulakan dengan janji-janji manis sedangkan mereka tidak jujur dan ikhlas serta mempunyai agenda yang tersembunyi.

Menurut Azmi, beliau bukanlah seorang yang hebat malah dunia IT (komputer) terlalu asing bagi beliau kerana beliau hanyalah orang biasa, cuma beliau bernasib baik kerana menerima peluang sebelum orang lain mendapat peluang dan peluang itu beliau rebut dengan bertindak mengambilnya. Setelah meneliti latar belakang mereka yang bertanggungjawab menguruskan syarikat, beliau terus bertindak.

Menurut Azmi lagi, kebanyakkan orang bila mendapat peluang sukar membuat keputusan untuk bertindak, mereka masih asyik untuk terus berfikir, berfikir tentang perkara-perkara yang negatif seperti, tiada pengalaman, tiada kawan, tiada modal dan berbagai-bagai alasan negatif diberikan.

Bagi Azmi, untuk berjaya jangan ada perasaan rendah diri. Yang penting ialah cuba mencari kebolehan serta kehebatan diri yang tersembunyi dan mengeluarkan kebolehan yang ada supaya digunakan untuk berhijrah daripada manusia biasa kepada manusia yang luar biasa.

Motto UPTREND iaitu ‘Breaking Your Personal Best’ amat bertepatan dengan azam beliau iaitu untuk berusaha memecahkan rekod pencapaian terbaik peribadi beliau dan selain daripada itu keadaan atau desakan hidup membuatkan beliau tiada pilihan lain sama ada ‘Do or Die!’

1___bersama_kereta_keretanya_new.jpgHari ini beliau merasa puas hati kerana telah berjaya melahirkan lebih daripada 27 orang jutawan di bawah jaringan beliau dalam masa tidak sampai tiga tahun setengah. Bangga dengan langkah pertamanya telah berjaya mengubah ramai orang biasa menjadi luar biasa.

Apa yang lebih membanggakan ialah beliau kini memiliki lebih 200 ribu orang ‘business partner’ (BP) di bawah jaringan beliau termasuk dalam dan luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan juga Hong Kong.

Azmi memberitahu bahawa ‘business partner’ dalam jaringan beliau terdiri daripada berbagai kategori latar belakang dan pendidikan malahan ramai golongan profesional telah menyertai bisnes UPTREND yang beliau perkenalkan.

Sesuatu yang menakjubkan beliau ialah ada di antara ‘business partner’ beliau telah berjaya mengatasi pendapatan beliau malah ada yang memiliki kereta mewah yang jauh lebih mahal daripada apa yang beliau miliki. Beliau sedikitpun tidak merasa cemburu atau iri hati dengan pencapaian ‘business partner’ beliau kerana ini membuktikan bahawa bisnes dan sistem UPTREND adalah adil. Malah beliau sangat berbangga dan berpuas hati apabila melihat kejayaan ‘business partner’ beliau.

Azmi berazam untuk melahirkan lebih ramai lagi jutawan menjelang Majlis Gemilang UPTREND (MGU) 2008.

Azmi berkata, jika kita mempunyai keazaman yang kuat dan disiplin yang tinggi serta memberikan tumpuan dalam bisnes yang kita jalankan serta tidak mudah kecewa, kejayaan itu pasti akan menjadi milik kita walaupun kita bukan manusia yang hebat.

“Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali mengalah dan berhenti separuh jalan, tanamkan sikap yakin dan percaya bahawa ‘suatu hari masa untuk aku akan sampai juga’,” pesan beliau pula.

Azmi menjelaskan, ahli-ahli sekarang atau prospek yang ingin melibatkan diri dalam bisnes UPTREND ini amat bernasib baik kerana mereka lebih mudah menjalankan bisnes UPTREND ini kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyakinkan prospek sebab terlalu banyak bukti untuk menyakinkan prospek.

Jelas Azmi lagi, mereka yang menjalankan bisnes ini di peringkat awal telah melakukan berbagai perkara yang tidak dilakukan oleh ahli-ahli sekarang, hutan telah dibersihkan, onak duri telah dihapuskan dan jalan telah terbentang luas. Perit jerih, kesengsaraan serta dugaan dan cabaran ahli-ahli sekarang tidak sehebat ahli-ahli yang awal.

Menceritakan tentang pencapaian yang dicapai sepanjang menjalankan bisnes UPTREND, dengan perasaan rendah diri beliau menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana terlalu banyak perubahan dalam kehidupan beliau malah sesuatu yang beliau banggakan ialah beliau berjaya menebus maruah dan harga diri beliau yang selama ini dipandang rendah dan dihina baik kawan-kawan mahupun di kalangan ahli keluarga sendiri. Ada juga di kalangan ahli keluarga terdekat yang sudah nampak perubahan dalam hidup kita masih lagi berdiam diri dan yang lebih menghairankan ialah mereka tidak mahu menerima hakikat atau bersama kita malah ada yang memilih jalan yang bertentangan.

4___melancong_B.jpg
“Pernah suatu ketika dahulu kereta Honda Prelude saya ditarik di depan kawan-kawan dan jiran-jiran saya, tetapi hari ini melalui bisnes UPTREND, saya berjaya mendapatkan kembali kereta tersebut dan secara tidak langsung maruah diri dan harga diri yang dihina dan tercalar suatu ketika dulu berjaya ditebus kembali.

“Oleh sebab itu saya melihat bahawa bisnes UPTREND bukan sekadar buat duit malah lebih jauh daripada itu ialah bagaimana UPTREND boleh dijadikan satu platform untuk mempertingkatkan nilai dan maruah diri,” jelas beliau lagi.

Selanjutnya Azmi berkata, beliau berjaya menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan menghadiahkan kepada kedua orang tuanya sebuah rumah yang selama ini adalah terlalu mustahil untuk beliau laksanakan. Dulu beliau tidak mampu untuk berbuat apa-apa, beliau hanya mampu pandang rumah pangsa yang didiami oleh kedua orang tuanya untuk tempoh yang agak lama. Satu ungkapan yang selalu beliau ungkapkan ialah, ‘Kita Biasanya jarang menyesali Perkara Yang Telah Kita Lakukan, Tetapi Kita Akan Menyesali Seumur Hidup Terhadap Perkara Yang Tidak Sempat Kita Lakukan’.

Bagi Azmi, UPTREND sememangnya telah mengubah corak kehidupan diri beliau dari seorang yang tidak memiliki kehebatan bertukar menjadi seorang yang luar biasa.

Dengan mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes UPTREND, beliau telah memiliki empat buah kereta termasuk Honda Prelude yang berjaya dimiliki kembali. Selain menghadiahkan rumah untuk kedua orang tuanya, beliau juga telah memiliki beberapa buah rumah sebagai aset untuk masa depan serta mampu untuk membawa anak-anak dan isteri beliau bercuti ke luar negara.

Azmi amat berterima kasih kepada pihak pengurusan UPTREND yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat serta perangsang untuk beliau pergi lebih jauh sehinggakan beliau merasakan sebelah kaki di pihak pengurusan dan sebelah lagi di pihak ‘network’.

Beliau juga  mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan UPTREND yang banyak membantu beliau dan beliau juga mengingatkan kepada mereka yang menjalankan bisnes UPTREND agar jangan jemu untuk menimba ilmu. UPTREND menyediakan terlalu banyak kursus serta bengkel-bengkel latihan termasuk bengkel latihan produk bertujuan untuk memperlengkapkan ilmu kepada ahli-ahlinya.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan Azmi kepada pemimpin-peminpin utama dan ‘business partner’ UPTREND di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi sehingga mampu meletakan UPTREND di antara syarikat yang paling menonjol ketika ini dan meletakkan sebaris dengan syarikat gergasi MLM di Malaysia.

Sesuatu yang unik mengenai kelebihan di UPTREND yang sukar didapati di tempat atau syarikat-syarikat lain ialah kursus-kursus yang disediakan diajar oleh orang kuat syarikat. Di UPTREND, Presiden UPTREND sendiri iaitu Gary Gan yang memang mempunyai pengalaman luas dalam dunia ‘networking’ mengendalikan kursus-kursus yang disediakan.

Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar pemimpin-pemimpin UPTREND menggalakkan ahli-ahli dalam jaringan mereka untuk menimba ilmu dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan seperti NEW, TTT dan juga ‘Leadership Seminar’ serta menggalakkan mereka selalu datang ke ibu pejabat untuk menimba ilmu.

Azmi juga memberitahu bahawa dengan ilmu yang ada dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, orang biasa yang tidak hebat akan bertukar menjadi orang yang luar biasa hebat dan itulah antara rahsia kejayaan beliau dan yang beliau amalkan sehingga ke hari ini.

“Saya bersyukur kepada Allah dan sampai sekarang saya rasa macam tidak percaya bahawa saya boleh jadi jutawan. Saya tidak hebat. Kalau orang se¬perti saya boleh buat, saya percaya orang lain yang lebih hebat mesti boleh buat asalkan ada keinginan yang tinggi” demikian tegasnya berulang kali.

dr_2.JPGMengenai kritikan serta tohmahan, beliau tidak peduli apa yang orang hendak kata tentang bisnes dan syarikat UPTREND. Apa yang penting, beliau dan ramai lagi jaringannya yang telah berjaya sehingga kehidupan mereka telah berubah. Apa sekalipun tanggapan orang, akan lahir lebih ramai lagi orang yang bergelar jutawan di UPTREND pada tahun 2008.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari peluang atau ingin berubah daripada seorang yang biasa kepada seorang yang luar biasa hebat, Azmi juga mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang bisnes UPTREND datang ke centre beliau di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras atau menghubungi beliau 019-2080645.

Di akhir wawancara, Azmi berkata ‘orang bijak memilih platform yang betul dan pada masa yang tepat’, maksud beliau gunakan kehebatan yang ada di tempat yang betul pada masa yang betul, itulah rahsia yang diungkapkan oleh Bill Gates dan ‘Nak berjaya, ikut orang yang dah berjaya, nak gagal, ikut kata orang gagal’.

MENGAPA ROBERT KIYOSAKI SYORKAN BISNES MLM?


HIDUP KITA TETAP SEBAHAGIAN DENGAN MLM

Ketika terjumpa gambar artikel di bawah, baru saya perasaan bahawa kita tidak boleh lari daripada menjadi sebahagian daripada bisnes multi level marketing (MLM). Sebelum ini jika orang bertanya kepada saya, saya mengatakan tak pernah terlibat. Rupa-rupanya saya terlibat tetapi tidak aktif seperti sekarang ini. Dahulu hanya menjadi ahli dan menggunakan produk semata-mata tanpa menyedari kita boleh pergi jauh daripada ini.
           Pertama saya sertai AVON. Seingat saya masa bersekolah lagi pada tahun 1995 saya mengenali. Semasa melanjutkan pelajaran di Shah Alam saya ada menyertai satu lagi MLM tapi dah lupa namanya,sebab ianya tiada dalam senarai dibawah. Selepas tamat pengajian, saya menyertai herbalife, masa tu saya sedang mencari produk menguruskan badan dan makanan tambahan untuk kesihatan. Masa itu kawan yang memperkenalkan telah mengajak saya aktif disamping menjana pendapatan tambahan, tetapi masa itu ketika mula berkerja saya tidak ada modal untuk membeli produk yang banyak untuk dijadikan stokis. Saya hanya menggunakannya sebagai produk harian.Tidak lama kemudian, seorang kawan saya telah menawarkan saya ahli Tupperware, keahlian seumur hidup.Memikirkan keluarga saya pun memang menggunakan produk itu maka saya menjadi ahli. Tapi tidak terfikir untuk menjual runcit produk itu kerana kekurangan modal. Begitu juga dengan Cosway, saya menjadi ahli kerana menggunakan produknya. Bagi saya rugi rasanya jika tidak menjadi ahli.Dan akhirnya saya bertemu dengan Uptrend. Ini pun kawan saya yang mengajak menyertainya. Alhamdulillah baru kini saya membuka minda dan meluaskan pandangan bahawa semua bisnes seperti ini mampu melebarkan sayapnya hinggan menjana pendapatan yang lumayan.
            Ibu saya pula daripada saya kecil lagi telah menggunakan product nutrimetics. Tetapi beliau hanya menggunakan produk tanpa menjadi ahli. Ibu saya juga pernah membeli produk Zhullian tanpa menjadi ahli. Begitu juga dengan abang saya, ketika beliau menuntut di kuala lumpur, beliau pernah membeli produk Luxor untuk dijual. Tetapi ramai yang menolak produk itu. Ini lah masalah bisnes MLM dimana orang akan menolak sesetengah produk dan syarikat kerana terikut-ikut cakap negatif seseorang. Bagi saya pula, saya akan menggunakan apa barang sekali pun yang baik untuk diri saya yang penting halal, suci dan murni.


1001 ALASAN

BAYAR HUTANG HADIAH BONANZA

PRODUK BISNES








MENTOR TERBAIK UPTREND

MR PRESIDEN-rekod tlah melahirkan lbh 100 jutawan
TN HJ CIKGU AMIR-pendpatan 2 juta sebulan
DR. TN HJ ROSYIDI-rmec, pakar aura & a.j.k tertinggi persatuan pengguna islam m'sia.
TN HJ SYAHAIRI AMIR-speaker yg menyebabkan pn. bahagia join uptrend( mulanya negatif)

Jangan Dengar Cakap Orang

Sudah banyak saya membuat tinjauan di mana masih ramai yang tidak mahu mencuba kerana mendengar cerita orang. Kalau cerita yang betul tidak mengapa, ini kan pula cerita yang dia dapat tidak betul dan menceritakan kepada yang lain. Cuba dulu baru tahu bak kata pepatah. Bukan semua orang sama nasibnya. Ada yang cepat dapat rezeki, ada yang lambat mendapat rezeki. Mengapa begitu? Tanya pada diri sendiri. Kita kena tanya 'mengapa dia gagal?'. Seseorang itu gagal kerana tiada usaha, lemah semangat, tidak berfikiran positif, suka dengar cakap orang yang berfikiran negatif, dan banyak lagi. Macammana kita nak maju jika mengikut orang yang gagal?

Bangkitkan Keseronokan Bekerja Melalui Duit Dari Bisnes Part Time

Kita bekerja sebab kita nak cari duit.
Dengan duit tu kita boleh beli apa yang kita mahu, pergi ke mana kita mahu, nikmati apa yang kita mahu. Tapi bila kos perbelanjaan naik sedangkan gaji tak naik-naik, time tu kita rasa tak seronok bekerja. Kita akan hilang keseronokan bekerja sebab fikiran menumpu pada masalah kekurangan duit.
Bagi kebanyakan orang, duit adalah sumber utama mereka seronok bekerja. Makin banyak duit yang diorang akan dapat, makin seronok bekerja, khususnya jika Anda bergaji tetap.
Untuk membangkitkan keseronokan bekerja, cari sumber pendapatan kedua selain gaji tetap Anda. Anda boleh cari kerja part time atau buat bisnes part time. Perniagaan internet boleh dijalankan secara part time dan yang bestnya, ia boleh diautomasikan khususnya dalam blogging.
Selain blogging, Anda boleh buat bisnes part time yang lain macam jual prepaid, tulis novel atau jadi penulis bebas, jadi affiliate marketer, jual barang di eBay atau ambik upah menulis artikel untuk blog-blog. Buatlah apa saja yang part time janji halal.
Janji Anda boleh dapat duit sampingan yang dibayar secara mingguan atau dua minggu sekali. Sekurang-kurangnya dapat cover kos perbelanjaan tanpa mengambil duit dari gaji tetap Anda.
Bila Anda dah nampak yang aliran tunai Anda semakin lancar dan menambah jumlah wang Anda selain wang tunai dari duit gaji, Anda akan semakin bersemangat bekerja. Jalan gi tempat kerja hepi saja, senyum memanjang. Tapi ada syarat – kena sanggup merajinkan diri dan sanggup bekerja lebih masa di peringkat permulaan, selain kena bijak membahagi masa.
Lama-kelamaan bila duit dari bisnes part time Anda jumlahnya dah 3 kali ganda duit gaji Anda, time tu Anda dah boleh meletak jawatan lalu menumpu pada bisnes sepenuh masa. Anda akan dapat lebih banyak duit yang akan membuat Anda makin bersemangat bekerja disamping dapat meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan Anda dan anak-anak Anda.
Berikan hidup ini sedikit ruang untuk dinikmati, hidup akan memberi Anda ruang untuk menggembirakan diri termasuklah menjana wang dari bisnes part time Anda.

BELUM CUBA BELUM TAHU

Pengalaman itu telah menukar persepsiku sekaligus terbuka hati untuk segera menggunakannya. Benarlah ungkapan kata-kata..
“Tak kenal maka tak cinta…”
“Belum cuba belum tahu..”

Begitulah halnya dalam bisnes internet. Ramai yang masih mempunyai persepsi yang salah. Lebih malang lagi persepsi yang tidak betul ini telah mengekang mereka untuk mengambil tindakan yang sepatutnya. Lebih malang lagi jika tuan punya diri terus tidak memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk cuba meneroka dan memahami lebih dalam. Walhal bukti dan fakta sudah jelas nyata.
Persepsi terhasil dari pelbagai sumber selain pengalaman peribadi. Persepsi boleh berubah dengan berubahnya maklumat dan kefahaman. Maklumat dan kefahaman hanya diperolehi dengan kemahuan untuk bertindak mencarinya. Tanpa perubahan tindakan persepsi akan kekal sama. Ruginya jika terperangkap di dalam persepsi yang salah.

“Tak kenal maka tak cinta…”
“Belum cuba belum tahu…?”
Benar, belum cuba belum tahu. Masakan tak cinta jika sudah berhasil

POTENSI PENDAPATAN

Uptrend2u adalah kaedah mudah dan berkesan menambah pendapatan. Anda berpotensi memperolehi pendapatan lumayan sehingga RM20K sebulan atau lebih. Anda boleh menjadi ahli (Global Business Entreprenuer, GBE ) dengan membeli sekurang-kurangnya satu Pakej Produk. Dengan hanya focus kepada Pelan A sahaja, anda masih mampu menjana pendapatan yang luar biasa.
Potensi pendapatan daripada Pelan A adalah lumayan. Jika mahu buat Pelan B bersama, kita akan memperolehi pendapatan tambahan melaui penjualan runcit produk. Di sini saya lebih fokuskan kepada Pelan A sekiranya tidak mahu menjual produk. Pelan ini mengutamakan penjualan secara pakej.

PILIHAN PAKEJ PRODUK
Anda boleh pilih untuk membeli salah satu pakej produk berikut
dan mulakan menjana pendapatan.
Pakej mana yang perlu dibeli bergantung kepada
sebesar mana impian dan keselesaan anda!

Andaikan pencapaian tidak mungkin 100 peratus, memperolehi 10 peratus sudah mencukupi. Boleh dilakukan secara sambilan, asalkan bersungguh. Ramai yang telah berjaya dengan program ini malahan telah melahirkan lebih 60 jutawan dan ramai lagi yang berpendapatan puluhan dan ratusan ribu.

JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA SEGERA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

Adakah anda sedang mencari peluang niaga ataupun kerja sambilan untuk menambah sumber pendapatan anda? Jika ya, saya yakin selepas membaca laman web ini anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peluang iaga atau program yang bakal saya perkenalkan ini.
Program ini melalui satu pelan pemasaran yang komprehensif dan menjangkau sempadan, telah terbukti membuka banyak peluang kepada ramai individu yang bermotivasi untuk mencapai impian. Satu program keusahawanan yang dibina berasaskan perancangan dan penyelidikan rapi, mengambil kira aspek frasarana, latihan dan strategi pemasaran. Program yang saya maksudkan ialah Program Keusahawanan Global Uptrend Network (Uptrend2uTM), trend terkini dunia keusahawanan.

Apakah Bahagia World?

Membantu membina rangkaian Program Keusahawanan Global Uptrend2u.

Bahagia World adalah kumpulan pemasaran yang membantu membina rangkaian perniagaan e-dagang melalui Uptrend2u. Kumpulan ini menyediakan penerangan lebih lanjut tentang bisnes ini.

Apakah Uptrend2uTM?

Uptrend2uTM adalah sebuah syarikat berdaftar dengan KPDNHEP di bawawah AKTA JUALAN LANGSUNG, AJL931489. Merupakan syarikat rangkaian berkonsepkan e-dagang yang mempunyai potensi pasaran yang amat luas. Uptrend2uTM mempunyai tenaga pengurusan yang berpengalaman serta mempunyai rangkaian produk yang berkualiti dan halal. Program ini menawarkan 4 sumber pendapatan, iaitu Pendapatan Secara Harian melalui Pelan A , Pendapatan Secara Bulanan melalui Pelan B ,Pelan C pula ialah Bonus Setia Tahunan, dan Pelan D adalah Bonus Bonanza.